Kiriman pada: Wed, Jul 15th, 2015

Sifat Kasih Sayang Dan Muafakat Perlu Diteruskan

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Lumpur – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap sifat kasih sayang dan bermuafakat yang tersuntik di dalam bulan Ramadan ini dapat dikekalkan pada bulan mendatang.

Perdana Menteri berkata Ramadan juga adalah waktu untuk menghargai masa bersama keluarga dan rakan-rakan selain mendidik jiwa, dan bukan hanya menahan lapar semata-mata.

“Saya selalu melihat dan merasakan kemeriahan hidup bermasyarakat baik di kampung dan bandar.

Harapan saya moga sifat kasih sayang dan bermuafakat ini dapat dikekalkan,” katanya dalam laman Facebook yang bertajuk “Perutusan PM Sempena Hari Raya Aidilfitri” pada malam tadi.

Sambil mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di dalam video berdurasi 0.58 saat itu yang turut disiarkan di RTM , Najib juga berharap sinar Syawal yang bakal menjelma akan membawa seribu keberkatan kepada semua pihak.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.