Kiriman pada: Wed, Mar 25th, 2015

Sikap Dermawan Johan Yang Ramai Tidak Tahu

Kongsi maklumat ini
Tags

Sikap-Dermawan-Johan-Yang-Ramai-Tidak-Tahu-ROTIKAYA-700x540Di sebalik jenaka lucu dan juga gelak ketawa pengacara radio dan pelawak ini, ada satu sisi lain yang Johan jarang dedahkan dan apa yang penting, kehidupan keluarga ini dilihat sentiasa dilimpahi rezeki namun empunya diri sendiri pun masih merendah diri.

Jika diteliti daripada gambar-gambar di akaun Instagram miliknya baru-baru ini, terdapat beberapa keping gambar makanan yang banyak dan menurut caption, ia adalah untuk dibahagikan kepada jemaah masjid yang datang untuk menunaikan solat Jumaat.
Bagaimanapun, niat murni pasangan suami isteri ini seperti biasa pasti mendapat komen-komen negatif daripada segelintir individu yang hanya tahu mengkritik. Sekurang-kurangnya Johan sudah melakukan kebaikan daripada hanya tahu mengkritik di sosial media.

Semoga perjalanan karier Johan dan juga isterinya akan sentiasa dipermudahkan dan dalam masa yang sama mampu membantu orang lain juga.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.