Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

SILAT CEKAK HANAFI ANJUR KEJOHANAN BOWLING

Kongsi maklumat ini
Tags

rhBANGI – Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) telah menganjurkan Kejohanan Bowling sebagai salah satu acara riadah di kalangan para ahli. Acara telah mengambil tempat di Ampang Superbowl Bangi Gateway pada jam 10 pagi. Seramai 130 orang ahli telah menyertai kejohanan ini dan Kejohanan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Silat Cekak Hanafi dari Cawangan Selangor.

Selain aktiviti persilatan, acara ini dianjurkan sebagai wahdah di dalam meningkatkan silaturrahim di kalangan ahli di sekitar Lembah Klang selain membantu meningkatkan dana persatuan. Penganjuran kali ini dianggap berjaya kerana sambutan yang diberikan dikalangan ahli adalah sangat menggalakkan selepas Silat Cekak Hanafi menutup tirai sambutan 50 tahun pada 28 Disember 2015 yang lalu. Kejohanan disertai pelbagai peringkat umur dari lingkungan pelajar sekolah sehingga warga emas. Antara ketegori yang dipertandingkan adalah Kategori Famili, Kategori Terbuka dan juga Kategori Individu.

Sebagai menghidupkan dan menyuburkan kembali budaya Silat yang tidak bercanggah dengan amalan tahyul dan khurafat, persembahan demonstrasi telah dilakukan pada waktu petang selepas acara program di ruang legar Bangi Gateway.

 

 

 

       gxfjg

 

gjf   fgjfs

 

fdj   xfmgf

 

dj   hd

 

sfk  nfgx

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.