Kiriman pada: Thu, Aug 6th, 2015

Simbah minyak panas lepas kenyang makan

Kongsi maklumat ini
Tags

AMUK JALAN LOBAKSeremban: Seorang peniaga cedera di tangan kanan akibat disimbah minyak panas manakala van bergerak dan peralatan perniagaannya dirosakkan tiga lelaki yang mengamuk kerana enggan membayar makanan yang dipesan dalam kejadian di Jalan Lobak, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, empat lelaki berusia 30-an yang menaiki sebuah kereta berhenti di hadapan van bergerak mangsa.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Eng, 44, berkata, tiga lelaki keluar dan menyuruhnya menyediakan pelbagai jenis makanan manakala seorang lagi menunggu dalam kereta.
“Selepas menjamu selera, mereka menjerit meminta saya menyediakan makanan lain. Namun, saya meminta mereka membayar makanan sudah dimakan berjumlah hampir RM100.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.