Kiriman pada: Thu, Feb 25th, 2016

Sime Darby Catat Keuntungan Bersih RM273.3 Juta

Kongsi maklumat ini
Tags

gdsjKuala Lumpur – Sime Darby Bhd mencatatkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 38% menjadi RM273.3 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2015.

Bagaimanapun, pendapatan kumpulan meningkat 10% kepada RM11.83 bilion berbanding suku sama tahun sebelumnya.

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Sime Darby, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, penyusutan itu disebabkan harga minyak sawit mentah, MSM yang lebih rendah serta persekitaran perniagaan yang mencabar.

Selain itu, pengeluaran tandan buah segar (FBB) yang lebih rendah turut menjejaskan sumbangan pendapatan daripada bahagian perladangan.

Mengulas mengenai prestasi bahagian-bahagian lain, beliau berkata kegawatan sektor perlombongan dan pertumbuhan perlahan di China terus memberi kesan besar kepada bahagian perindustrian.

Manakala perniagaan dipacu pengguna terus diuji dengan sentimen lemah.

Bagi separuh tahun pertama 2015 pula, keuntungan bersih Sime Darby menurun 36% kepada RM601.7 juta.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.