Kiriman pada: Mon, Mar 23rd, 2015

Kantoi Simpan Awek Bawah Katil

Kongsi maklumat ini
Tags

NSTPMelaka: Lakonan seorang lelaki mendakwa dia bersendirian di dalam bilik sebuah hotel bajet di bandar raya ini gagal memperdaya penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sejurus kekasihnya ditemui menyorok di bawah katil.
Dalam serbuan jam 4 pagi semalam, lelaki berusia 23 tahun itu mulanya memberitahu dia hanya menginap berseorangan di bilik hotel di Melaka Raya di sini.
Bagaimanapun, tembelangnya terbongkar apabila pemeriksaan rapi penguatkuasa JAIM menemui seorang wanita berusia 22 tahun sedang bersembunyi di bawah katil.
Sumber berkata, penguat kuasa sebelum itu terpaksa menggunakan kunci pendua hotel selepas pasangan terbabit tidak memberikan kerjasama.
“Sebaik pintu dibuka, lelaki itu berpura-pura baru terjaga daripada tidur dan memberi alasan tidak dengar pintu biliknya diketuk,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.