Kiriman pada: Tue, Nov 15th, 2016

Sindikit Jual Soalan Peperiksaan – Perlu Siasat Dakwaan

Kongsi maklumat ini
Tags

siasatLumut – Kementerian Pendidikan meminta pihak berkuasa agar melakukan siasatan segera dan terperinci berhubung dakwaan sebuah akhbar berbahasa Cina terdapat sindiket yang menjual soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata laporan polis akan dibuat petang ini oleh Lembaga Peperiksaan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan pihak berwajib.

Beliau berkata pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan jika laporannya terbukti palsu.

Semalam akhbar tersebut turut melapor sindiket itu didalang pegawai tinggi Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata kepada pemberita semasa melakukan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam di Sitiawan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.