Kiriman pada: Sun, Jan 22nd, 2017

‘Singkir Trump’: Ribuan Sertai Protes Di London

Kongsi maklumat ini
Tags

London – Beribu-ribu orang berarak di pusat bandar London hari ini, menyertai protes global terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump susulan kenyataannya yang pernah menghina wanita.

Orang ramai, kebanyakan wanita berarak dari Kedutaan Amerika menuju ke Trafalgar Square, melaungkan ‘singkir Trump’ dan mengibarkan sepanduk menuntut persamaan hak.

Hannah Bryant, 34, kakitangan muzium membawa bersama anak perempuannya yang berusia empat tahun dan mereka memakai topi merah jambu, sama dengan penunjuk perasaan di AS.

“Saya mengajar anak mengenai persamaan dan prejudis agar dia faham bagaimana orang lain menangani dua perkara penting ini,” katanya.

Pelakon, Oliver Powell, 31, yang menggelar Trump sebagai ‘seseorang yang mengerikan,’ berkata: “Saya mahu majoriti rakyat Amerika yang tidak mengundinya tahu bahawa mereka mempunyai penyokong di seluruh dunia.”

“Sukar percaya dia benar-benar wujud,” kata rakannya, Emily Chasae, 31.

Pelbagai lapisan masyarakat menyertai protes global itu, termasuk ibu, anak perempuan, anggota persatuan, kumpulan penyokong wanita, pertubuhan hak asasi dan Datuk Bandar London, Sadiq Khan.

“Kami berkumpul atas nama perpaduan bukan untuk diri sendiri. Saya rasa amat marah. Saya tidak undi beliau,” kata Jill Pickering, pelajar dari Amerika. – AFP

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.