Kiriman pada: Thu, Jan 26th, 2017

Siri Dialog MH370 Dengan Waris Dalam Masa Terdekat

Kongsi maklumat ini
Tags

Bentong – Kementerian Pengangkutan akan mengadakan sesi dialog dengan waris penumpang dan kru pesawat MH370 untuk menjelaskan kebimbangan mereka terhadap langkah menangguh sementara misi pencarian pesawat itu di Lautan Hindi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beliau mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) untuk mengendalikan sesi penjelasan kepada keluarga mangsa MH370.

“Siri dialog akan diadakan selepas Tahun Baharu Cina untuk memastikan mereka dapat mendengar dan bertanyakan hasil penemuan kami.

“Kerajaan tidak mahu waris berfikir bahawa kita menggantung pencarian begitu sahaja tanpa memaklumkan maklumat terkini mengenai perkara itu.

Kami mahu mencari jawapan kepada misteri ini bersama-sama dengan mereka,” katanya pada sidang akhbar, sebentar tadi selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya Anih Bhd.

Pada Ahad lalu, Tiong Lain berada di Perth Harbour, Australia Barat, Ahad lalu menyambut kapal misi pencarian MH370, Fugro Equator.

Tiong Lai berkata misi pencarian digantung sementara supaya pasukan boleh merangka dan melihat semula corak data carian air laut dalam, data serpihan hanyut corak dan data satelit.

“ATSB akan terus menganalisis semua data yang dimiliki dan Malaysia menubuhkan pasukan tindakan diketuai DCA untuk menyelidik lebih lanjut serpihan dijumpai.

“Kami turut menghubungi semua negara di seluruh Selatan Lautan Hindi membantu kami pada masa akan datang,” katanya.

Pada 17 Januari lalu, Malaysia, Australia dan China mengumumkan misi pencarian pesawat MH370 di dasar laut digantung selepas operasi pencarian terakhir di selatan Lautan Hindi seluas 120,000 kilometer persegi tidak menemui sebarang maklumat terbaru.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.