Kiriman pada: Wed, Aug 19th, 2015

Sistem Pembayaran Tol Elektronik Sepenuhnya Di AKLEH Mulai 9 September

Kongsi maklumat ini
Tags

mchgKuala Lumpur РLebuhraya Bertingkat Ampang­-Kuala Lumpur (AKLEH), akan melaksanakan sistem pembayaran tol secara elektronik sepenuhnya (ETC) di Plaza Tol Datuk Keramat mulai 12 tengah hari 9 Sept.

Pelaksanaan itu adalah sebahagian daripada usaha AKLEH untuk melancarkan perjalanan pengguna di lebuh raya itu, kata Projek Lintasan Kota Sdn Bbd (Prolintas), pengendali laluan itu.

Langkah itu juga adalah selari dengan pengumuman oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berhubung pelaksanaan kutipan tol secara elektronik sepenuhnya baru-baru ini.

Bagi menggalakkan penggunaan sistem itu, beberapa laluan sudah diubah suai menjadi laluan elektronik sahaja.

Pengguna Touch ‘n Go boleh menambah nilai kad masing-masing 24 jam bermula Jun lepas.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.