Kiriman pada: Tue, Jan 31st, 2017

Skandal BMF, FOREX: Pemuda PAS Desak Buka Kertas Siasatan Segera

Kongsi maklumat ini
Tags

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nurul Islam Mohamed Yusoff mendesak agar satu kertas siasatan baru perlu dibuka ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dari pendedahan terbaru oleh CIA yang melibatkan pelbagai skandal semasa di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri itu.

Beliau juga mendesak agar pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti segera bertindak atas maklumat tersebut.

Beliau memaklumkan bahawa maklumat dari badan antarabangsa itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja cantuman dari begitu banyak keraguan pada masa lalu semata-mata.

Tetapi yang lebih utama, perlunya siasatan dari pihak berkuasa negara berikutan dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sendiri bahawa pada ketika itu tiada siasatan dilakukan walaupun saiz kerugian dialami negara amat besar iaitu USD10billion.

Demi menyelamatkan kreadibiliti dan integriti Malaysia yang terjejas dengan pelbagai dakwaan skandal sebelum ini berkaitan 1MDB juga melibatkan banyak pihak serta jumlah kewangan yang sangat besar, menurut Nurul Islam Ia juga bagi membolehkan prosedur perundangan dapat dilakukan ke atas mereka yang terlibat sekiranya didapati bersalah.

“Inilah masa kita membuktikan ketelusan dan kecekapan badan-badan penguatkuasaan berkaitan serta membuang keluar segala dilema selama ini akibat dari birokrasi dan kediktatoran yang mencengkam”.

“Palitan kekotoran lalu mesti dibersihkan, sekali gus hak pihak-pihak yang pernah teraniaya dapat dikembalikan, selain memulihkan semula sistem negara yang ternoda kembali ke landasannya”.

Beliau juga menyebut bahawa sudah tiba masanya rakyat mengetahui perkara sebenarnya yang tersirat disebalik pelbagai skandal yang pernah didakwa berlaku di zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Kerajaan Malaysia, Bank Negara, PDRM dan SPRM perlu membongkar sedalamnya skandal BMF dan Forex 1992 agar keadilan dapat ditegakkan” menurut kenyataan media Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang diedarkan kepada pihak media.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.