Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

SKMM Pantau Penjualan Kad Tambah Nilai

Kongsi maklumat ini
Tags

FNjHULU TERENGGANU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan terus memantau peniaga dan syarikat komunikasi yang menjual kad tambah nilai telefon bimbit bagi memastikan tiada yang mengambil kesempatan mengenakan cas tambahan kepada pembeli.

Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata SKMM tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang gagal mematuhinya dan akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sekiranya ada aduan.

Menurutnya sejak pelaksanaan tanpa sebarang cas tambahan sejak awal Januari lalu, kementerian tidak menerima sebarang aduan mahupun rungutan daripada orang ramai berhubung perkara itu dan berharap keadaan tersebut akan berterusan.

“Hasil pemerhatian yang dibuat mendapati peniaga dan pengendali syarikat komunikasi faham serta mematuhi arahan dengan menjual kad tambah nilai telefon bimbit mengikut harga yang telah ditetapkan.

“Pemantauan berterusan akan terus dibuat dan hasil pemantauan setakat ini kita tidak menerima sebarang aduan termasuk di wilayah pantai timur,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Jailani berkata pihaknya berhasrat menambah ketinggian menara komunikasi khususnya di kawasan yang sering dilanda banjir seperti di Hulu Terengganu.

“Ketika ini kadar ketinggian menara mencecah 200 hingga 250 kaki namun apabila berlaku banjir, ia menyebabkan liputan komunikasi terjejas dan kita telah minta SKMM mengkaji perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, beberapa lokasi telah pun dilaksanakan dan kini ia akan diteruskan di kawasan Hulu Terengganu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.