Kiriman pada: Thu, Jul 2nd, 2015

Skuad B-13 Mara Ke Suku Akhir Piala Iber 2015 Di Portugal

Kongsi maklumat ini
Tags

skuad b-13Kuala Lumpur – Skuad bola sepak kebangsaan Bawah 13 tahun menamatkan perlawanan kumpulan B Piala Iber 2015 dengan bergaya, apabila menewaskan pasukan tuan rumah, SC Linda-a-Velha 3-0 di Stadium Oeiras.

Skuad kebangsaan di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang merangkul kejuaraan Piala Iber di Sepanyol minggu lepas, muncul juara kumpulan dengan rekod tanpa kalah selepas tiga kemenangan berturut-turut.

Skuad bawah bimbingan jurulatih Lim Teong Kim itu dijadual bertemu naib juara kumpulan F ‘Os Belenenses’ G dari Portugal pada perlawanan suku akhir di Kompleks Sukan Jamor, pada Jumaat.

Anak-anak didik Teong Kim sebelum ini telah mengalahkan Segeltorps IF dari Sweden 2-1 dalam perlawanan pembukaan sebelum membelasah pasukan tuan rumah, Dragon Lisboa 7-0 dalam perlawanan kedua di Kompleks Sukan Jamor di Portugal, pada Selasa.

Piala Iber kini merupakan acara penting Kejohanan Bolasepak Belia Dunia.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.