Kiriman pada: Tue, Jan 26th, 2016

Sokongan Netizen Terhadap Mukhriz Hanya Omong Kosong?

Kongsi maklumat ini
Tags

Melihat kepada tinjauan di media sosial, netizen yang menunjukkan simpati kepada Mukhriz bukan berdasar kepada rekod mutu pentadbiran beliau.

Sebenarnya simpati yang diberi adalah kerana beliau adalah anak kepada Tun Mahathir sahaja. Peraih-peraih simpati media sosial cenderung melihat hubungan kekeluargaan sebagai topik untuk menulis di ruangan komentar.

Apa yang dikhabarkan berkaitan hal pentadbiran serta politik pimpinan Mukhriz oleh jemaah kepimpinan UMNO Kedah tidak pun diambil peduli. Malah mereka telah dihujani tohmahan kerana dianggap sudah pun ‘merampas kuasa’ Menteri Besar. Padahal Mukhriz masih lagi memegang jawatan Menteri Besar dan segala keputusan belum lagi diputuskan.

Berkaitan sokongan netizen terhadap anak bekas Perdana Menteri itu barangkali adalah sekadar omongan kosong. Sengaja untuk mendapatkan perhatian rakan-rakan media sosial lain bagi menampakkan mereka prihatin terhadap situasi politik Kedah ketika ini.

Oleh itu mereka boleh melabelkan diri mereka sebagai ‘orang yang banyak info’. Hebat bukan?

Entah jadi tukar atau tidak, tetapi sejak bermula isu terbabit suhu di alam maya meningkat naik mendadak. Namun untuk tempoh hampir seminggu isu itu bermula nampak sudah ‘suam-suam kuku’ sahaja perhatian netizen.

Mereka lebih banyak bercerita tentang hal-hal hiburan serta perkara yang lebih santai. Jika benar-benar tahu pasal politik Kedah sudah tentu sampai ke hari ini tak habis-habis bercerita.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.