Kiriman pada: Sat, Dec 10th, 2016

Solidariti UMNO Tidak akan Terjejas Dengan Fitnah

Kongsi maklumat ini
Tags

Sebaik sahaja selesai Pehimpunan Agung UMNO ke 70 yang baru lalu, pembangkang dilihat mencemburui solidariti yang dipamirkan sepanjang perhimpunan Agung UMNO tersebut, maka tidak hairanlah jika pelbagai tektik kotor yang mereka lancarkan termasuk menfitnah bagi mengugat kestabilan terutama para peneraju UMNO.

Terbaru diyakini mereka menyebarkan khabar angin dengan tujuan mahu meretakkan hubungan baik Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia dengna timbalan beliau Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang kini menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO.

Menurut Dato’ Seri Najib,pembangkang beranggapan bahawa diri beliau sama seperti beberapa orang bekas ahli parti yang lebih mementingkan agenda peribadi berbanding kepentingan parti dan negara.

“Mereka telah cuba sedaya-upaya mereka untuk memecah-belahkan kita. Namun, mereka tidak memahami UMNO dan kesetiaan ahlinya yang tulen, iaitu mereka yang tetap berdiri teguh dengan parti dan kepimpinan yang dipilih secara demokratik tidak kira semasa susah atau senang”.

Sebenarnya parti pembangkang kini berada didalam keadaan yang amat sukar dan gusar dengan pencapai kecemerlangan Dato’ Seri Najib sahingga sanggup bekerjasa dengan seorang yang yang telah memenjarakan pemimpin mereka sendiri.

Dengan itu Dato’ Seri Najib berseru kepada semua ahli-ahli parti dan rayat Malaysia agar berwaspada dengan taktik kotor yang digunakan oleh musuh parti dan negara, mereka sangat iri hati dengan solidariti jitu yang wujud dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Mereka kini benar-benar terdesak setelah beberapa cubaan mereka untuk menjatuhkan kepimpinan Dato’ Seri Najib sering berakhir dengan kekecewaan walaupun mengunakan khidmat bekas Presiden UMNO sendiri.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.