Kiriman pada: Wed, Mar 11th, 2015

Sorok Rokok Bawah Kaunter

Kongsi maklumat ini
Tags

11hm37rokok.transformedJohor Bahru: Sepasukan pegawai dan penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas dua karton rokok haram dalam serbuan sebuah pasar raya mini di Bandar Selesa Jaya, Skudai di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 2.40 petang itu, pasukan penguat kuasa menemui bungkusan kotak berkenaan yang disorokkan di bawah kaunter juruwang dijaga seorang warga India berusia 31 tahun.
Lelaki berkenaan pada mulanya menafikan pasar raya terbabit menjual rokok haram berkenaan, namun selepas pemeriksaan anggota penguat kuasa menemui dua karton rokok jenama John dan Canyon berjumlah 20 kotak.
Rokok haram berkenaan dipercayai dijual dengan harga bawah RM5 sekotak dan menjadi pilihan rakyat tempatan dan warga asing kerana harganya murah.
Rokok berkenaan dipercayai diseludup ke negara ini dari Indonesia menerusi laluan haram di sekitar kawasan perairan Johor.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana didapati menjual rokok tanpa cukai yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda 20 kali lebih tinggi daripada nilai rampasan atau kedua-duanya.
Lelaki ditahan dan dibawa ke Pejabat JKDM Johor untuk membantu siasatan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.