Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

SPAD – 2016 Tahun Yang Penuh Cabaran

Kongsi maklumat ini
Tags

spad-tanseriBagi memenuhi harapan tahun baru 2016 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berazam untuk berusaha untuk meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam untuk menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Meninggalkan 2015 dengan kejayaan mengembalikan keyakinan terhadap pengangkutan awam walaupun sentiasa di hujani dengan cemuhan bukan sahaja penguna tetapi pengusaha pengangkutan awam sendiri.

Bila mana pengguna membuat bantahan terhadap perkhidmatan pengangkutan awam terutama perkhidmatan teksi, yang menjadi cemuhan adalah SPAD, membantah ketidak sopanan pemandu kenderaan awam SPAD juga yang mendapat cemuhan dan di maki hamun.

Begitu juga dengan ketidak selesaan ketika menaikki teksi bandaraya, banyak mata hanya akan melihat SPAD seolah-olah SPAD itu pemilik dan pemandu kepada semua jenis teksi yang beroperasi terutama di pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Begitu juga sebaliknya jika pengusaha dan pemandu tidak puas hati dengan peraturan atau permohonan kenaikkan caj tambang tidak di ikuti, maka yang kena maki adalah SPAD. SPAD itu segalanya bagi pengangkutan awam, begitulah pada pandangan mereka.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Jaffar Alba juga tidak terlepas dari cemuhan masyarakat pengendali perkhidmatan malah penguna yang ‘terkena’ dengan permainan segelintir pemandu teksi.

Malah tahun 2015 begitu banyak serangan terhadap Pengerusi SPAD malahan turut membabitkan serangan peribadi juga terhadap keluarga Tan Sri Syed Hamid turut menjadi mangsa serangan mereka.

Walaupun diserang dengan pelbagai cemuhan termasuk meminta beliau melepaskan jawatan sebagai peneraju SPAD, Tan Sri Syed Hamid tetap cekal memegang amanah yang di berikan oleh kepimpinan negara kepada beliau ia ini Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Malah beliau sering mengingatkan bahawa SPAD bukanlah segala-galanya dan bukan pembuat keputusan mutlak. SPAD ditubuhkan sebagai satu badan yang merancang bagi pihak kerajaan untuk kemukakan perubahan-perubahan dan penambahbaikan.

Beliau juga turut menegaskan bahawa SPAD sentiasa mewakili pemain-pemain industri pengangkutan awam di dalam apa jua keadaan terutama di dalam menyampaikan hasrat mereka kepada kerajaan dan seterusnya berjuang bersama-sama memastikan diterima dan diluluskan kerajaan.

Semoga tahun 2016 akan menjadi medan membangunkan industri pengangkutan awam negara dan menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Iltizam kakitangan dan pengurusan SPAD pula, bagi tahun 2016 akan di jadikan tahun pengukur kejayaan yang telah di capai dan melihat mana-mana kelonggaran serta kelemahan yang masih ada dan akan berusaha untuk meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam agar ianya kekal menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Semoga SPAD berjaya di dalam misinya untuk menjadikan pengangkutan awam menjadi pilihan warga kota khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.