Kiriman pada: Sat, Oct 8th, 2016

SPAD Anjurkan Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016

Kongsi maklumat ini
Tags

simposiumBersempena dengan sambutan 5 tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menganjurkan Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016 yang bertemakan ” Pengangkutan Awam: Mentransformasikan Negara” (Public Transport: Transforming the Nation) pada 17 Oktober 2016 (Isnin) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dijangka akan merasmi dan menyampaikan ucaptama mengenai ‘Perjalanan 5-tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat – Impak dan Pencapaian’ dan dengan sekali gus melancarkan Buku Laporan Perjalanan 5-tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah ditubuhkan secara rasminya pada 3 Jun 2010 selepas Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan oleh Parlimen pada bulan Mei 2010 dan terletak di bawah bidang kuasa YAB Perdana Menteri ianya mempunyai fungsi untuk merangka polisi, merancang dan mengawal selia semua pengangkutan awam darat negara seperti rel, bas, teksi, serta kenderaan barangan melalui jalan raya dan kereta api.

Selain itu SPAD juga telah memainkan peranan dalam bidang penguatkuasaan bagi pengangkutan awam darat di Malaysia dengan kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Dimaklumkan simposium ini juga akan menampilkan pameran interaktif mengenai perkembangan industri pengangkutan awam darat dan perancangan masa hadapan negara. Pameran yang terbuka kepada orang awam ini turut menampilkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam industri pengangkutan awam darat. Hadiah-hadiah menarik seperti tiket bas dan tren, kad Touch ‘n Go dan barang-barang elektronik bernilai sehingga RM 100,000 juga menanti para pengunjung di pameran.

Jika anda seorang pengguna atau peminat pengangkutan awam darat, sertailah Peraduan #5TahunLPT Instagram SPAD dari 30 September hingga 10 Oktober, masih lagi berkesempatan untuk berpeluang memenangi hadiah berjumlah lebih daripada RM2,000 termasuk jam tangan eksklusif ‘TimeTraveller’.

Apa yang perlu hanya dengan mengambil gambar atau video diri anda dengan sebarang pengangkutan awam darat di Malaysia, lengkapkan slogan dengan kreatif “Perubahan pengangkutan awam darat sepanjang 5 tahun ini memudahkan …” dan muat naik ke akaun Instagram anda. Jangan lupa letakkan astag #5TahunLPT #SPAD.

Selain itu Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016 ini juga akan menampilkan pameran interaktif mengenai perkembangan industri pengangkutan awam darat dan perancangan masa hadapan negara. Pameran yang terbuka kepada orang awam ini turut menampilkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam industri pengangkutan awam darat. Hadiah-hadiah menarik seperti tiket bas dan tren, kad Touch ‘n Go dan barang-barang elektronik bernilai sehingga RM 100,000 juga menanti para pengunjung di pameran.

Simposium ini dijangka akan dihadiri oleh wakil-wakil daripada pihak-pihak berkuasa, penggubal dasar, perancang bandar, pengendali-pengendali pengangkutan awam darat dari Malaysia dan dari rantau ini. Simposium ini juga akan mengutarakan pembentangan dan perbincangan mengenai inisiatif-inisiatif yang akan mencorakkan mobiliti dan kesalinghubungan pengangkutan awam darat sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.spad.gov.my/ms/lpt-simposium#!.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.