Kiriman pada: Tue, Feb 28th, 2017

SPAD Bukan Punca Keujudan Kereta Uber

Kongsi maklumat ini
Tags

Masih belum reda lagi nampaknya kemarahan segelintir pemandu teksi terhadap perkhidmatan Uber dan Grab Car yang dikatakan telah menutup periok nasi mereka sebagai pemandu teksi yang mempunyai permit dan insyuran kemalangan.

Banyak tuduhan menunding jari ke arah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kononnya memberi laluan dan sokongan kepada perkhidmatan yang mengunakan aplikasi di talian untuk mendapat penumpang dan SPAD dikatakan tidak berbuat apa apa untuk membantu mereka termasuk pengusaha teksi yang kini kian terhimpit dengan kehadiran Uber.

Sebenarnya banyak sudah perkara berhubung dengan kehadiran kereta Uber dan Grab Car ini diperkata malahan pihak SPAD sendiri pernah memaklumkan bahawa mereka tidak boleh berbuat apa-apa dengan aplikasi di talian yang pihak berkenaan gunakan kerana ia diluar bidang kuasa mereka.

Malahan pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar juga telah memaklumkan bahawa mereka yang sepatutnya bertanggung jawab didalam pengunaan aplikasi yang diguna pakai oleh Uber dan Grab Car ialah pihak SKMM, yang mempunyai kuasa penuh terhadap segala produk pengunaan talian internet.

Jika ianya dikaitkan dengan jenayah maka pihak berkuasa polis lah yang akan dibertanggungjawabkan, bukan segalanya diatas bahu SPAD semata, SPAD adalah sebuah suruhanjaya yang di amanahkan untuk membangunkan pengangkutan awam di negara ini, termasuk menentukan laluan dan kawasan mana yang perlu diberi perhatian dan penyediaan fasilitis, SPAD bukanlah sebuah syarikat pengusaha teksi atau Uber.

Jika UBER dan Grab Car mampu menyelesaikan masalah pengangkutan di sekitar bandar maka ianya harus boleh difikirkan dari berharap kepada pengangkutan bas dan teksi yang kadang kala mendatangkan masaalah kepada penguna pengangkutan awam itu sendiri.

Sebelum isu Uber dan Grab Car ini menjadi hangat, perlulah di ketengahkan dahulu bahawa pemandu teksilah yang menjadikan punca penguna kenderaan awam itu beralih kepada perkhidmatan Uber yang lebih mudah, murah dan mesra penguna.

Kita sering dihujani kemarahan penguna dengan gelagat pemandu teksi yang dilaporkan dengan pelbagai sikap dan perangai mereka yang benar-benar mengecewakan penguna pengangkutan awam teksi, ini tidak termasuk perlakuan jenayah yang melibatkan pemandu teksi.

Sejak SPAD mula ditubuhkan dan membuat beberapa peraturan maka baharu kita ketahui bahawa selama ini penguna dibebankan dengan pelbagai gelagat segelintir pemandu teksi yang adakalanya menyamai seperti lintah darat atau ‘ahlong’.

Buatlah semakan di ibu pejabat SPAD berhubung salah laku pemandu teksi dan mereka yang telah diambil tindakan dan bandingkan sebelum SPAD di ujudkan, kita akan dapati terlalu banyakkan kelakuan pemandu teksi yang menyalahi peraturan yang di tetapkan.

Selama itulah rungutan penguna tidak pernah pemandu teksi ambil peduli, malah semakin kasar layanan dan tindakan mereka terhadap penguna teksi, malah ada ketikanya diwaktu terdesak penguna terpaksa menanti berjam lama untuk mendapatkan perkhidmatan sedangkan di stesen terdapat banyak pemandu sedang minum kopi atau teh tarik.

Untungnya bila perkhidmatan online kereta sewa dan perkhidmatan Uber diperkenalkan, maka kerisauan pengguna kereta teksi sedikit terubat, pada awalnya ianya tidaklah mendatangkan cabaran kepada pemandu dan pengsaha teksi, tetapi lama kelamaan bila perkhidmatan Uber semakin mudah dan popular maka baru pemandu teksi terasa akan bahangnya.

Tetapi bahang yang mereka rasa bukan mereka yang mahu selesaikan tetapi mereka menyalah dan menunding jari kepada pihak SPAD yang kononnya memberi ‘muka’ kepada pengusaha kereta Uber.

Mereka tidak pernah mahu memperbaiki kesilapan yang pernah mereka lakukan sahingga penguna beralih kepada kereta Uber, mereka lupa bahawa penguna juga mempunyai hak mereka untuk memilih perkhidmatan siapa yang mereka perlukan, mereka harus menentukan bahawa wang mereka seharusnya pergi kepada siapa, sudah pasti kepada yang memberikan perkhidmatan yang baik.

Kini mereka tiada lagi masalah untuk kemana dengan pengangkutan awam, tidak perlu menungu terlalu lama untuk mendapatkan perkhidmatan teksi, cukup sekadar 5 minit sahaja pemandu Uber akan hadir terpacak didepan mata dan penguna sedia maklum berapa harga yang perlu dibayar bukan seperti perkhidmatan teksi yang mengenakan tambang ada kalanya tidak masuk akal.

Bukanlah tujuan tulisan ini untuk menghina pemandu teksi tetapi itulah hakikatnya mengapa penguna kenderaan awam memilih untuk mendapatkan perkhidmatan Uber, ini semua bukan salah Uber atau SPAD, salah harus di tundingkan kepada pemandu teksi sendiri yang mencekik darah penguna.

Jika dibiarkan tindak tanduk segelintir pemandu teksi ini maka impian kerajaan dan Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri untuk melihat perubahan kepada sistem pengangkutan awam yang lebih efisyen tidak akan tercapai, negara sudah di datangi dengan pelbagai teknologi termasuk keretapi laju tetapi sikap pemandu teksi kita masih di takut lama.

Mungkin ini la balasan yang ditimpa kepada kerakusan mereka, mengabaikan tanggungjawab sebagai pengendali pengakutan awam kepada penguna, kehadiran Uber adalah jalan alternatif penguna yang memerlukan pengangkutan tanpa perlu risau dengan kesombongan pemandu teksi.

Ugutan yang menyatakan ramai pemandu teksi akan beralih untuk menjadi pemandu Uber juga perlu di lihat positif, tetapi jika mereka membawa perangai seperti mana ketika memandu teksi maka percayalah tiada siapa pun yang akan menerima pesanan dari pemandu ini yang nama mereka sudah direkodkan didalam sistem sebagai pemandunyang paling tak guna.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.