Kiriman pada: Sun, Mar 22nd, 2015

SPAD Digesa Kaji Semula Kenaikan Kadar Tambang

Kongsi maklumat ini
Tags

syed-hamid-albarKuala Lumpur – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) digesa supaya mengkaji semula keputusan untuk menaikkan kadar tambang pengangkutan awam yang diumumkannya baru-baru ini.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Aziz Kaprawi, SPAD seharusnya mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak terlebih dahulu sebelum menaikkan kadar tambang bagi mengelakkan daripada membebankan pengguna.

Kenaikan kadar tambang yang diumumkan SPAD itu menurut Aziz adalah terlalu tinggi dan wajar dipandang serius.

“Kenaikan harga tambang yang diumumkan oleh SPAD, perlu mendapat pandangan dari semua pihak, bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna.

“Saya memandang serius perkara ini, dan berharap ia dikaji semula memandangkan kenaikan sebanyak 20 hingga 67 peratus itu adalah tinggi,” katanya.

Selain itu beliau turut menasihatkan SPAD supaya mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Kementerian yang relevan agar keputusan yang benar-benar bermanfaat kepada setiap pihak dapat dicapai.

“SPAD seharusnya mengadakan perbincangan bersama dengan Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), bagi mendapat satu keputusan yang terbaik.

“Kita tidak seharusnya membebankan rakyat terutama mereka yang menggunakan pengangkutan awam dalam urusan harian mereka, kerana jika ia diteruskan ini akan meningkatkan kos perbelanjaan mereka,” tegas beliau.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.