Kiriman pada: Mon, Jan 25th, 2016

SPAD- Ikut Panduan Yang Telah Di Tetapkan Di Musim Perayaan

Kongsi maklumat ini
Tags

bas-ekspresAdalah menjadi perkara biasa apabila tiba musim perayaan pelbagai konsensi kenderaan awam terutama akan mengadakan tawaran bagi tambang kenderaan mereka untuk penguna kenderaam awam untuk pulang ke kampong sempena cuti panjang.

Selain tawaran terhadap bas yang sedia ada syarikat pengendali bas ekpress juga dijangka akan menyediakan bas-bas tambahan bagi menampong permintaan yang tinggi pada musim perayaan tersebut.

Di jangkakan kesesakan dan permintaan akan menjadi berganda dari hari-hari biasa dan ini menyebabkan mereka-mereka yang terlibat dengan kegiatan haram seperti ‘ulat tiket’ sudah pasti akan mengambil kesempatan pada musim-musim sebegini.

Bagi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sudah berpengalaman menjalankan tugas dimusim-musim perayaan sudah pasti bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk penipuan tiket bas yang di lakukan oleh ‘ulat tiket’.

SPAD sudah pasti akan menggunakan pengalaman mereka di dalam menghadapi situasi tersebut yang boleh belaku pada setiap kali musim perayaan termasuk penipuan tiket dan kekurangan bas serta mengawasi aktiviti bas-bas haram yang sudah pasti akan mengambil kesempatan di musim perayaan ini.

Bagi mengelakkan aktiviti ‘ulat tiket’ dari berleluasa SPAD akan meletakkan anggota bertugas mereka bagi mengawasi gerakan ‘ulat tiket’ di setiap stesyen bas bersama pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Sementara bagi menampong permintaan yang tinggi terhadapa perkhidmatan bas pada musim perayaan SPAD telahpun mengeluarkan Lesen Bas Sementara (LBS) bagi menampung permintaan yang tinggi tersebut dan ini dapat mengurangkan aktiviti bas haram.

Semua persediaan, kelengkapan dan kemudahan telahpun disediakan oleh SPAD bagi menjamin penumpang boleh pulang ke kampong halaman di musim perayaan dengan selamat dan selesa, tetapi jika penguna masih mahu mengunakan perkhidmatan ‘ulat tiket’ dan ‘bas haram’ maka mereka perlulah menanggung risiko keselamatan mereka sendiri.

Janganlah nanti bila berlaku musibah maka jari-jemari akan menunding ke arah SPAD, dari itu dapatkan nasihat dan panduan yang telah di sediakan oleh SPAD demi keselamatan anda dan keluarga di musim perayaan ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.