Kiriman pada: Tue, Dec 20th, 2016

SPAD Merialisasikan Impian Perdana Menteri

Kongsi maklumat ini
Tags

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah merialisasikan impian Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk melihat pengangkutan awam di negara ini setaraf dengan negara maju di dunia yang lain dan mahukan pengangkutan awam menadi pilihan rakyat negara ini.

Kesemua ini tidak akan berlaku sekiranya SPAD tidak memainkan peranannya bagi mengadun sistem pengangkutan tidak kira sama ada ianya teksi, bas atau pun laluan tren, ini bermakna SPAD bukan hanya melihat kepada kenderaan awam seperti teksi dan bas sahaja tetapi lebih jauh dari itu ia ini laluan tren.

SPAD yang telah ditubuhkan pada tahun 2010 hasil ilham Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri yang mahu melihat mutu pengangkutan awam darat mendapat pengiktirafan dunia dimana sebelum ini perkhidmatan kenderaan awam di negara ini sering menjadi cemuhan penguna baik dari dalam mahupun dari luar negara.

Di bawah teraju YBhg. Tan Sri Syed Hamid Jaffar Alba, SPAD terus mengorak langkah menyusun strategi memantapkan pengangkutan awam darat dengan menyusun semula sistem pengendalian, pengurusan dan laluan agar menjadi lebih sistem matik serta menyusun atur sistem pengendalian dan perancangan pembangunan stesyen hentian bagi teksi dan bas.

Hasil kepimpinan yang cemerlang, SPAD terus memainkan peranan dalam usaha membaik pulih sistem pengangkutan awam, sahingga terlancarnya fasa pertama Mass Repid Transit (MRT), bagi memenuhi impian Perdana Menteri didalam agenda Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Pelan Transformasi Kerajaan yang pernah disuarakannya pada tahun 2009.

Dari sini kita memahami SPAD bukan sahaja menguruskan hal ehwal teksi dan bas sahaja tetapi jauh lebih dari itu ialah menguruskan sistem pengangkutan yang canggih seperti MRT, selain turut memastikan kenderaan tren yang lain beroperasi dengan cemerlang demi kemudahan kepada rakyat.

Jadi, jika diluar sana melihat SPAD hanya sebagai sebuah agensi kerajaan yang hanya menguruskan teksi tidak bermeter dan pemandu yang tidak kemas serta berbau hapak maka dengan perasmian perjalanan MRT dalam fasa pertama Sungai Buluh – Kajang yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini jelaslah tugas SPAD bukan semudah yang disangka.

Merancang kemudahan kenderaan awam darat bagi kegunaan warga tempatan dan pelancung agar memuaskan hati mereka bukanlah kerja yang mudah seperti menunding jari kesalahan kepada orang lain, untuk memastikan setiap kenderaan beroperasi dengan cemerlang dan sentiasa menepati masa bukanlah cabaran yang kecil, kerana mereka perlu berhadapan dengan cemuhan rakyat dan pemimpin terutamanya dari pembangkang.

Syabas dan tahniah parlu dihulurkan kepada seluruh jentera SPAD, kepada pengendali kenderaan teksi dan bas haruslah sedar bukan mudah untuk menaikkan taraf pengangkutan awam negara ini ke mercu dunia seperti hari ini jika tidak ada agensi yang benar-benar memberi komitmen terhadap kemajuan pengangkutan awam negara ini seperti SPAD.

Dan kini terbukti SPAD telah berjaya mengharumkan nama Malaysia melalui pengurusan perkhidmatan pengangkutan awam yang cemerlang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.