Kiriman pada: Wed, Dec 28th, 2016

SPAD – Pemandu Bas Sambil Lewa Bakal Berhadapan Tindakan Undang-Undang

Kongsi maklumat ini
Tags

Tindakkan penguna pengangkutan awam yang memuat naik rakaman video seorang pemandu bas ekpres yang mengunakan telifon dan merokok ketika memandu seharusnya menjadi contoh kepada semua penguna kenderaan awam bagi menjamin tidak berlakunya kemalangan akibat kecuaian pemandu.

Kebanyakan penguna pengangkutan awam tidak mengambil kisah akan perlakuan pemandu kenderaan awam sahingga berlakunya sesuatu tragedi sahingga membabitkan nyawa baharulah mereka bertindak walaupun tindakan mereka ketika itu sudah dikira sebagai terlambat.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telahpun menjalankan siasatan terhadap pemandu bas tersebut termasuk pengadu yang mengviralkan video berkenaan, tindakan SPAD ini.

Tindakan ini akan membawa kepada hukuman sahingga RM2,000.00 atau penjara tidak lebih enam bulan jika disabitkan kesalahan membahayakan penumpang dan penguna jalan raya yang lain mengikut Akta 202 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD).

Sementara bagi kesalahan merokok di dalam kenderaan awam darat pula, pemandu boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 203 APAD dan hukuman yang boleh dikenakan ialah denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Ini memberi erti bahawa SPAD tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan awam yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada penguna kenderaan awam, ini memberi makna SPAD begitu tegas tanpa berkompromi didalam melaksanakan undang-undang dan penguatkuasaan demi keselamatan penguna kenderaan awam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.