Kiriman pada: Tue, Feb 21st, 2017

SPAD – Pemandu Teksi Bakal Mengemis Mencari Penumpang

Kongsi maklumat ini
Tags

Membaca keluhan beberapa orang pemain media sosial Facebook yang lebih memberatkan diri kearah menyokong pemandu teksi dan menyalahkan kerajaan serta agensi mereka, rasanya seperti mahu duduk semeja dan menjelaskan satu persatu isu yang dibangkitkan sambil menikmati secangkir kopi.

Menceritakan perkara yang dikira sebagai berat sebelah adalah tidak harus dibiarkan berterusan sahingga menimbulkan kebencian orang ramai kepada agen kerajaan berkenaan terutama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

SPAD tidak pernah bersetuju dengan segala bentuk dan kegiatan haram dan menyalahi undang-undang yang membabitkan pengangkutan awam, baik dari ulat teksi, bas dan sebagainya sahinggalah kepada isu yang hangat sekarang ini, isu teksi haram termasuk Uber dan Grab Car.

Hampir saban hari terutama di ketika tiba musim perayaan atau ketika tiba musim percutian yang panjang, boleh dikatakan setiap hari adanya berita tindakan pihak berkuasa terutama SPAD di dalam menguruskan jenayah yang melibatkan kenderaan awam terutamanya perkhidmatan teksi dan bas.

Bagi perkhidmatan teksi perkara yang sering kita baca ialah aduan penguna berkenaan degan harga tambang yang tidak masuk akal, tidak mengunakan meter perjalanan, berlaku tidak sopan dan sukarnya mendapat perkhidmatan seolah-olah perkhidmatan teksi amat berkurangan.

Tetapi jika dilihat di hentian-hentian teksi boleh sahaja kita melihat begitu banyaknya teksi yang tersadai, bila dirujuk ke mana pemandunya, kebanyakkan sedang merehatkan diri sambil pekena kopi dan bermain ‘dam aji’ sepapan dua sedangkan ketika mereka berehat itu adalah waktu dimana orang lain terutama penguna teksi sedang memerlukan mereka.

Pernah juga dilapor bahawa ada pemandu teksi yang terlalu demand sahingga tidak mahu menerima pelanggan kerana penguna mahu kekawasan yang mengalami sedikit kesesakkan.

Akhirnya penguna tiada pilihan, selain mengunakan aplikasi perkhidmatan kereta Uber yang boleh di dapati melalui pesanan ‘Uber Apps’ dan pelanggan tidak perlu menungu lama hanya sekitar 5 -7 minit sahaja sebelum menerima jemputan dari pemandu Uber yang lebih mesra dari perkhidmatan teksi.

Soal sukarnya mendapat penumpang untuk mengunaan perkhidmatan teksi ianya adalah kerana marahnya penguna teksi kepada sikap pemandu teksi itu sendiri, dan ini adalah hukuman yang harus mereka terima akibat diri sikap yang tidak memperdulikan ‘pelanggan’ mereka.

Mereka lupa bahawa pelangan dan penguna kereta teksi mempunyai pilihan dan hak untuk memilih perkhidmatan mana yang mereka perlukan, seperti disebuah pulau pusat perangainan tanah air di utara sana, yang mana terlalu sukar untuk mendapatkan teksi sah dengan harga yang berpatutan dan mampu berbanding dengan ‘teksi telefon’ yang lebih murah dan mudah didapati.

Mereka juga harus sedar bahawa lambakan kereta Uber dan Grab Car adalah disebabkan sikap pemandu teksi itu sendiri, kehadiran mereka bukanlah atas kehendak kerajaan atau agensi mereka tetapi atas kehendak penguna, SPAD bukanlah agensi pencipta aplikasi talian untuk Uber dan Grab car.

Aplikasi mereka (Uber Apps) diguna pakai di seluruh dunia malahan agensi kerajaan terbabit tidak ada kuasa untuk menghalang kemasukkan teknologi aplikasi ini seperti mana aplikasi whatapps dan dan sebagainya.

Jadi untuk menunding jari kepada agensi kerajaan seperti SPAD semata kerana kelemahan pemandu teksi seharusnya di bebankan semula kepada sikap pemandu teksi yang terlalu demand dan berkuasa menentukan siapa yang perlu mereka berikan perhidmatan mereka.

Jangan salahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) jika ada pemandu teksi terpaksa mengemis mencari penumpang, kerana penguna kenderaan awam hari ini telah muak dengan perangai pemandu teksi yang memualkan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.