Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

SPAD – Pemandu Teksi Perlu Hadiri Kursus Memperbaiki Kualiti Perkhidmatan

Kongsi maklumat ini
Tags

*Gambar fail

*Gambar fail


Bunyinya seperti menerujakan bagi mereka yang mahu bangun dari melayan kelesuan dan hanya mahu menyalahkan orang lain sahaja, itu yang sepatutnya yang di rasai oleh para pemandu teksi apabila sebuah syarikat latihan khidmat pelanggan memberi jaminan bahawa pendaptan pemandu teksi mampu meninggat sahingga 20%.

Sebuah syarikat pengendali kursus khidmat pelanggan Teksinet berpendapat melalui maklmbalas bahawa perkhidmatan yang tidak memuaskan menjadi faktor utama pendapatan pemandu teksi merosot sehingga menyebabkan pengguna lebih gemar memilih perkhidmatan pengangkutan lain.

Pendapat ini bukan sahaja melalui kajian tetapi melalui temubual bersama penguna juga membuktikan bahawa perkhidmatan ang di tawarkan oleh perkhidmatan teksi pada hari ini tidak seperti yang di harapkan menyebabkan mereka memilih untuk mengunakan perkhidmatan lain yang lebih selesa dan ‘up to date’.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) harus mengalakkan setiap pengendali dan pemandu teksi untuk mengikuti kursus ini yang di yakini mampu mengubah pandangan penguna terhadap sikap buruk pemandu teksi dewasa ini.

Apatahlah dikala ini hangat di perkatakan bahawa SPAD tidak mengambil berat isu kenderaan awam seperti teksi yang melanda ketika ini dengan pembabitan kereta sapu atau Uber dan Grabcar. Uber dan Grabcar menjadi cabaran kepada pemandu teksi hari ini apabila ramai pelangan mula beralih kepada perkhidmatan mereka yang di katakan lebih baik dari teksi walaupun tidak mempunyai permit seperti teksi.

Isu uber dan grabcar ini berlarutan sahingga membabitkan nama Perdana Menteri sahingga ada yang mendakwa kononnya Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah meluluskan lesen sementara untuk penngendali kereta uber dan grabcar ini.

Sebelum ini juga terdapat khabar angin yang mendakwa Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar telah bersetuju untuk mengeluarkan permit sementara bagi pemandu kereta sapu ini walhal ianya tidak pernah pun di bincangkan, ianya adalah fitnah yang bermain di media sosial untuk mengaburi pihak-pihak tertentu dengan tujuan tertentu.

Diharapkan dengan tawaran dari syarikat pegendali kursus khidmat pelangan tersebut ramailah pemandu teksi untk mengikuti kursus tersebut bagi mengembalikan keyakinan penguna terhadap perkhidmatan mereka dan mengembalikan pendapatan mereka yang telah merudum.

Tidak perlulah lagi mereka menyalahkan pihak kerajaan atau agensinya seperti SPAD kerana kesilapan yang berlaku adalah berpunca dari mereka sendiri, bukan kerana SPAD yang memandu teksi, tidak juga SPAD menjadi pengendali teksi sapu dan sebagainya.

Syarikat tersebut yang menyediakan latihan mengurus dan mendorong pemandu teksi, dalam misi mengubah persepsi negatif orang ramai terhadap industri teksi tempatan dan mereka yakin dan positif untuk membantu memartabatkan industri teksi tempatan dengan melatih pemandu teksi agar dapat memperbaiki kualiti perkhidmatan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.