Kiriman pada: Tue, Feb 21st, 2017

SPAD – Penubuhan Makmal Transformasi Bas Ekpress

Kongsi maklumat ini
Tags

Pelancaran makmal kajian Transformasi Bas Ekspress yang telah pun dilancarkan bagi tujuan untuk membincangkan secara mendalam berkenaan dengan pemain industri pengangkutan awam bagi menambah baik mutu perkhidmatan dan juga keselamatan jalan raya terutama yang melbatkan bas ekspress.

Banyak langkah yang perlu diberi perhatian terutama bagi menyelesaikan hal-hal yang membabitka nyawa penumpang dan orang ramai serta penumpang yang mengunakan jalan raya, selain mengkaji kekurangan pemandu bas yang kini sedang melanda banyak pengusaha syarikat bas.

Makmal ini juga akan turut mengkaji akan kesan kepada pemandu yang terpaksa bekerja lebih masa untuk tujuan mengejar alaun, dan ini akan menyebabkan pemandu merasakan keletihan dan enjadi punca utama kemalangan membabitkan bas ekpress.

Penubuhan Makmal Transformasi Bas Ekspress adalah menjurus kepada aspek latihan yang wajar diberikan kepada setiap pemandu bas ekpress termasuk memberi peluang kepada wanita untuk diambil berkhidmat sebagai pemandu bas ekpress.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajjah Nancy Shukri bahawa wanita seharunya diberi peluang untuk menjadi pemandu khus kepada perjalanan yang tidak terlalu jauh atau mengambil masa yang panjang.

Ianya bertujuan untuk mengimbangi kekurangan pemanndu bas ekpress yang kebanyakkannya kini telah pun menjangkau usia melebihi 60 tahu.

Selain itu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pihak Polis Di Raja Malaysia turut terlibat didalam hal merencanakan makmal ini secara bersama, ini bagi memudah dan melicinkan kajian yang akan dibuat di makmal ini.

Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga Pengerusi SPAD menyatakan bahawa rumusan menerusi perbincangan yang bakal berlansung selama lapan minggu itu akan dibawa kepada mesyuarat kabinet untk di putuskan, ini kerana kabinet harus terlebih dahulu meluluskan kerana ianya melibatkan kos pengurusan dan perlaksanaan, kesemua ini akan melibatkan perancanga kewangan.

Makmal ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha SPAD untuk menjalin kerja sama dengan kesemua agensi yang terbabit dengan pengangkutan bagi mencari titik noktah penyelesaian yang terbaik bagi menghadapai pemasalahan serta meningkatkan lagi mutu taraf industri bas ekpress.

Makmal Transformasi Bas Ekspress juga tidak akan membincangkan untuk memberi kebenaran kepada warga asing sebagai pemandu bas, ianya perlu memberi keutamaan kepada warga tempatan yang berusia sekitar bawah 40an, ini bermakna kajian makmal adalah tertumpu kepada warga muda.

Makmal juga akan mengkaji akan perlunya membuka tawaran kepada pemandu wanita terutama bagi pemanduan jarak dekat serta kajian mengstrkturkan semula kadar gaji bagi pemandu bas supaya tidak lagi seperti apa yang di amalkan ketika ini membayar mengikut jumlah perjalanan.

Apa pun kesemua perancangan yang bakal dilakukan oleh makmal Transformasi Bas Ekspress adalah bertujuan untuk menjayakan transformasi pengangkutan awam yang di pelopor oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.