Kiriman pada: Tue, Feb 16th, 2016

SPAD – Perlu Lebih Agresif Tangani Lori Maut

Kongsi maklumat ini
Tags

je_aa.1Lori muatan berat penyebab kemalangan maut bukan isu baru di Malaysia, berada di jalanraya pada waktu puncak, serta gaya pemanduan yang membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Terbaru rempuhan yang menyebabkan 2 pelajar sekolah menengah tekorban di hadapan sekolah, dimana pengawasan serta pemantauan SPAD terhadap lori muatan berat, di kawasan perumahan juga lori muatan berat bermaharaja, mengambil jalan singkat dengan memasuki laluan utama di kawasan perumahan dan menyebabkan kerosakan jalan yang amat teruk.

Dimana pemantauan terhadap lori – lori berat ini di kawasan berisiko tinggi, bagi pemandu lori tersebut, apa yang mereka tahu hanya jalankan tugas dan sebolehnya kurangkan kos dengan mengambil jalan pintas agar cepat sampai dengan mengabaikan keselamatan pengguna yang lain.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu membuka mata dan perkuatkan lagi tindakan serta membuat pemeriksaan yang kerap, jangan hanya mengharap kepada rakyat serta aduan semata-mata. Tidak sepatutnya mengambil tindakan hanya bila dapat aduan atau terjadinya kemalangan yang meragut nyawa.

Kelihatan seperti pemilik dan pemandu lori berat ini memandang remeh dengan penguatkuasa dan undang-undang negara ini, walapun penguatkuasaan di laksanakan dan saman serta tindakan undang- undang di kenakan, mereka semakin galak melakukan kesalahan seperti mencabar pihak berkuasa.

Tidak terkira nyawa yang melayang akibat lori muatan berat dan lori hantu ini, hampir di setiap negeri terdapat banyaknya kes-kes kematian yang melibatkan kenderaan berat ini dengan kenderaan lain, baik terbabas, kegagalan sistem brek mahupun hanya meletakkan kenderaan berat di tepi jalan.

Oleh yang demikian SPAD harus lebih tegas menangani isu lori maut ini dengan meminimakan sikap toleransi kepada syarikat, pemilik dan pemandu atas kegagalan mereka mematuhi peraturan keselamatan yang telah di tetapkan.

SPAD perlu membuat sekerapnya tindakkan penguatkuasaan, tidak perlu lagi menanti aduan atau bila berlakunya kematian yang berulang melibatkan aktiviti lori maut ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.