Kiriman pada: Tue, Jul 7th, 2015

SPAD Tugaskan 300 Penguat Kuasa Pada Musim Aidilfitri

Kongsi maklumat ini
Tags

zdfhngKuala Lumpur – Menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini, sebanyak 300 pegawai penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan operasi terhadap perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh negara.

Ketua Jabatan Penguat Kuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata operasi selama dua minggu itu akan memberi fokus kepada terminal bas utama di seluruh negara.

“Kita akan menjalankan pemeriksaan terhadap pengusaha bas ekspres dan memastikan sama ada tiket bas untuk penumpang pulang ke kampung dijual dengan betul serta lesen dan permit mereka masih sah untuk beroperasi,” katanya.

Beliau berkata operasi SPAD dalam masa sama akan turut memberi tumpuan kepada pemandu teksi yang mengambil kesempatan tidak menggunakan meter dan mengenakan caj berlebihan.

“Kita juga akan pantau di sekitar kawasan terminal jika terdapat sebarang aktiviti ulat tiket yang cuba meraih penumpang dan menjual tiket haram,” katanya.

Che Hasni berkata anggota penguatkuasa SPAD akan bertugas selama 24 jam sehari bagi tempoh tiga hari sebelum dan empat hari selepas Aidilfitri bagi memastikan kelancaran perjalanan orang ramai.

“Ia akan turut melibatkan pegawai yang membuat penyamaran di dalam bas ekspres kerana tumpuan utama operasi kita ialah memastikan perkhidmatan bas ekspres mematuhi peraturan,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.