Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

Speaker Negara KOMANWEL Perlu Berfikir Cara Baharu Hadapi Cabaran

Kongsi maklumat ini
Tags

mfhjlKota Kinabalu – Speaker dan pegawai Dewan negara-negara Komanwel perlu mengamalkan sikap dan pemikiran baharu dalam menangani cabaran dalam era teknologi dan media sosial baharu.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata speaker boleh berperanan sebagai penghubung antara persepsi masyarakat dengan keadaan realiti melibatkan badan perundangan negara-negara anggota.

“Lebih malang, kemunculan teknologi dan media sosial yang canggih pada masa sama menyebabkan badan perundangan dan speaker secara tidak langsung terdedah kepada lebih banyak keraguan dan sinisme.

“Siaran bersifat berat sebelah akan menimbulkan kekecewaan mendalam masyarakat terhadap badan perundangan,” katanya pada ucapan aluan pembukaan Persidangan Ke-23 Speaker dan Yang Dipertua Dewan Negara-negara Komanwel (CSPOC), di sini.

Persidangan selama enam hari dihadiri lebih 50 speaker dan pegawai dewan negara-negara komanwel itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun pelbagai cabaran terpaksa dilalui speaker dan pegawai dewan negara-negara Komanwel, namun Pandikar yakin mereka sentiasa memastikan kedaulatan, keselamatan dan kemerdekaan negara masing-masing.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.