Kiriman pada: Wed, Jan 25th, 2017

SPRM, Pegawai Muda Dan Amanah (2)

Kongsi maklumat ini
Tags

Terima kasih diatas balasan pembaca terhadap artikel berjudul SPRM, Pegawai Muda Dan Amanah yang dimuat naik dilaman ini, terima kasih juga dengan teguran yang diberi, bukan tujuan hendak memburukkan dan menghina perlaku pecah amanah mahupun perlaku rasuah ini, tetapi ianya adalah sekadar mengingatkan mereka-mereka terutama yang masih muda yang kini diberi kepercayaan untuk memegang sesuatu jawatan yang cukup besar dan berat.

Juga tidak berniat mahu menonjollan bahawa anak muda tidak mampu mengawal nafsu dan perasaan sahingga terlupa akan peranan dan tanggungjawabnya kepada amanah yang diberikan, tetapi kita tidak boleh menafikan penglibatan orang muda yang di intip oleh SPRM juga bukan sedikit bilangannya.

Sebenarnya SPRM tidaklah mempunyai kuasa atau memiliki ilmu tilik untuk mengetahui atau mengasyaki si polan atau si polan tertentu telah melakukan pecah amanah atau telah melakukan kesalahan menerima rasuah, tetapi yang yang berlaku ialah SPRM menerima maklumat dan kemudian baharu melakukan siasatan.

Seperti kita sedia maklum dengan kepantasan maklumat melalui sosial media, maka setiap aktiviti dengan mudah akan tersebar, apatah lagi oleh musuh yang sering mengikuti dan memerhati perkembangan, tetapi jangan terkejut jika pemberi maklumat itu ada kalanya dari orang yang rapat disekeliling kita sendiri.

Boleh jadi dari jiran yang merasa pelik dengan kemewahan yang dimiliki, boleh jadi dari rakan setugas atau sebaya yang merasa sedikit curiga dan iri hati, apa tah lagi jika memilki jawatan yang sama tetapi gaya dan keterampilan mengalahkan mereka yang memiliki perniagaan yang besar dan berjaya.

Bayangkan jika seorang pegawai peringkat biasa, tetapi mampu berbelanja di hotel mewah bukan seorang diri tetapi dengan kawan-kawan sekeliling, menghisap ‘cigar’ yang harganya beratus ringgit, memakai kasut jenama yang harga mencecah tiga hingga empat ribu ringgit sepasang, memandu kenderaan mewah seperti Porsche Cayenne, BMW X6 atau Mercedes 4Matic paling cekaipun BMW 520 F siri atau AUDI A5 Sport.

Kesemua gaya dan keterampilan ada kalanya mendatangkan tanda tanya orang sekeliling, maka akan berlakunya tindak balas untuk mengetahui, mungkin juga ada yang tidak mengambil peduli akan hal yang berlaku, tetapi ada kalanya bila berlaku selisih faham atau bila dilihat si pemegang jawatan sudah mula berlaku sombong maka perasaan sakit hati itu akan membawa kepada laporan kepada pihak SPRM atau pihak berkuasa yang lain.

Maka dari sinilah akan bermulanya siasatan oleh pihak SPRM sebelum membuat tangkapan, dan tangkapan dibuat setelah sekian lama serta telah pasti akan adanya kes atau bahan bukti untuk membawa si perlaku ke mahkamah, ini bukan soal dengki atau iri hati, tetapi bila siperlaku sendiri mula lupa diri dan mula menunjuk-nunjuk kemewahan yang datang sekelip mata.

Jadi tuduhan pendedahan artikel bertujuan untuk memburukkan penjawat awam yang didakwa adalah tidak benar, artikel hanya mahu menyedarkan siperlaku agar segera kembali kepangkal jalan, jangan terlebih menunjuk atau menonjolkan diri, ada kalanya perlaku tidak sedar perbutan tersebut menarik minat SPRM.

Berbelanja mewah, membeli belah dan bercuti diluar negara kemudiannya berswafoto dan memuat naik di laman media sosial sebenarnya mengundang pemerhati untuk mengetahui siapakah kita, jika kita seorang peniaga (perniagaan yang tidak melibatkan kerajaan) yang berjaya mungkin kurang intaiyannya tetapi jika penjawat awam dan memegang sesuatu jawatan yang boleh menghampiri aktiviti perlakuan rasuah maka bersedialah jika kita tidak begitu bersih dari apa segi yang berkaitan dengan undang-undang.

Artikel juga tidak menuduh semua penjawat awam tetapi tidak mungkin tidak setiap penjawat awam boleh terjebak untuk melakukan kesilapan tersebut, adakalanya tanpa kita sedari sebab terlalu seronok mendapat kekayaan secara mudah dan dalam diam kita telah mendedahkan sendiri diri kepada siasatan pihak SPRM.

Percayalah SPRM bukan memiliki ilmu kasyaf mata untuk melihat setiap perbuatan perlaku pemecah amanah, tetapi tindakan SPRM adalah berasaskan laporan atau aduan dan kebanyakkannya mungkin datangnya dari kawan baik sendiri.

Ingatlah bahawa amanah ialah kewajipan yang harus ditunaikan, sesungguhnya Allah S.W.T akan melaknati mereka yang tidak berpegang teguh akan amanahnya, semoga kita semua di ampuni akan dosa kesilapan kita masa lalu oleh Allah S.W.T.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.