Kiriman pada: Tue, Jan 3rd, 2017

SPRM – Persaraan Dato’ Bahri

Kongsi maklumat ini
Tags

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin mengesahkan bahawa Dato’ Bahri Mohammad Zin telah memohon kepada kerajaan untuk persaraan pilihan atas kehendaknya sendiri enam bulan yang lalu.

Permohonan yang dibuat itu selari dengan peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam yang mana seseorang pegawai kerajaan yang ingin bersara awal perlu membuat permohonan sekurang-kurang enam bulan sebelum tarikh persaraan.

Berhubung kenyataan di sebuah portal media hari ini bahawa Dato’ Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Dato’ Bahri menafikan ada mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut.

Beliau yang memegang jawatan Pengarah Bahagian Operasi Khas sejak 16 Jun 2014 telah bersara berkuat kuasa 30 Disember 2016.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.