Kiriman pada: Fri, Feb 3rd, 2017

SPRM Rakam Percakapan Lebih 5 Individu

Kongsi maklumat ini
Tags

Putrajaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merakam percakapan lebih lima individu setakat hari ini yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung dakwaan ke atas Tan Sri Annuar Musa.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan hari ini pihaknya telah merakam percakapan Annuar berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa beliau ketika menyandang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Beliau yang menghadirkan diri ke pejabat SPRM secara sukarela pada pagi ini memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat,” katanya.

Dalam pada itu, SPRM meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes dan memberikan ruang kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan siasatan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.