Kiriman pada: Thu, Feb 9th, 2017

SPRM Sita 6 Rumah, Lot Tanah

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menyita enam buah rumah milik pengarah sebuah agensi kerajaan yang ditahan semalam.

Rumah terletak di Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan itu dianggarkan bernilai kira-kira RM3.3 juta.

Turut disita ialah tiga lot tanah di Kedah dan satu lot tanah di Selangor.

Sumber berkata, pasukan penyiasat masih dalam proses menilai anggaran tanah berkenaan.

Pasukan penyiasat sudah membekukan akaun bank dan pelaburan pengarah berkenaan serta anaknya bernilai kira-kira RM850,000.

“Turut dirampas sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Alphard, dua utas jam tangan berjenama Orient dan Chopard, seutas gelang emas, seutas rantai emas dan sebentuk cincin emas,” kata sumber.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata pihaknya masih menyiasat sama ada pengarah berkenaan memiliki harta lain yang diperoleh melalui hasil rasuah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.