Kiriman pada: Sat, Jan 7th, 2017

SPRM Temui Wang Tunai Lebih Setengah Juta

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lmpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai kira-kira RM550,000 dari rumah Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian yang dikaitkan dengan kes rasuah, semalam.

Difahamkan, rampasan membabitkan mata wang pound Britain, Euro dan dolar Singapura.

Sumber berkata, wang berkenaan dipercayai disembunyikan seorang daripada anak suspek di rumahnya di USJ, Subang Jaya.

Difahamkan, kenyataan anak suspek sudah diambil bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan rampasan wang tunai terbabit.

“Tiada tangkapan baru dilakukan setakat ini,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.