Kiriman pada: Tue, Mar 3rd, 2015

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Boleh Digunakan Mulai 31 Mei

Kongsi maklumat ini
Tags

Stadium Sultan MizanKuala Nerus – Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang runtuh pada Jun 2009 telah siap dibaiki dan boleh digunakan untuk kejohanan bola sepak dan majlis keramaian yang lain pada sebelah siang mulai 31 Mac.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Terengganu Datuk Shafii Mohamad berkata kerja membaiki stadium itu sepatutnya siap pada bulan lepas, tetapi disebabkan masalah cuaca hujan dan banjir, ia terlewat kira-kira sebulan setengah.

“Antara yang dibaiki ialah bahagian tempat duduk diraja, tempat duduk penonton, bilik-bilik persalinan dan bahagian padang yang melibatkan peruntukan kira-kira RM28 juta.

“Kami akan serahkan stadium ini kepada kerajaan negeri Terengganu apabila semua kerja berkenaan siap sepenuhnya,” katanya ketika mengadakan taklimat tentang pembaikian stadium itu.

Kerja berkaitan lampu limpah sedang berjalan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan depan dan pada Mei, stadium itu boleh digunakan untuk kegiatan sebelah malam.

Shafii berkata berkenaan bumbung stadium itu yang runtuh, buat masa ini keputusan untuk membaik pulih masih belum mendapat kata putus.

“Kami terima banyak cadangan untuk mengadakan semula bumbung stadium, namun kata putus masih belum diperolehi daripada kerajaan negeri,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.