Kiriman pada: Sun, Mar 8th, 2015

Standard Codex Minyak Dan Lemak Mesti Relevan Dengan Kedudukan Semasa

Kongsi maklumat ini
Tags

tomMelaka – Standard codex minyak dan lemak mesti relevan dengan kedudukan semasa, dan perlu sentiasa dikaji dan dikemas kini.

Setiausaha Jawatankuasa Minyak dan Lemak Codex Tom Heilandt berkata jawatankuasa itu menggariskan tiga langkah penting bagi mengukuhkan codex minyak dan lemak, sekali gus menjadikannya standard kebolehpercayaan yang tinggi.

Codex Minyak dan Lemak merupakan piawaian dalam memastikan minyak dan lemak, termasuk daripada haiwan dan sayur-sayuran, selamat, baik dan menyihatkan untuk masyarakat dunia.

Codex Minyak dan Lemak merupakan sebahagian daripada Codex Alimentarius, piawaian makanan antarabangsa yang memastikan makanan yang baik dan selamat untuk penduduk dunia. Ia disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Codex Alimentarius mempunyai 185 anggota termasuk UK, US, Kanada, Perancis, Jerman, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Heilandt berkata langkah kedua pula bermatlamat menjadikan codex minyak dan lemak diketahui ramai dan memberi impak ke atas setiap rumah.

Beliau berkata langkah ketiga pula melibatkan pembelajaran dan aplikasi bersama, terutama bersama negara anggota codex.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.