Kiriman pada: Fri, Jan 29th, 2016

Struktur baharu UMNO kukuhkan jentera parti

Kongsi maklumat ini
Tags

KHAIRY JAMALUDDIN / KONVENSYEN DANA BUMIPUTERAKUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan penyusunan semula struktur Majlis Tertinggi UMNO sangat diperlukan ketika ini bagi mengukuhkan lagi jentera parti. “Ini bagi membantu parti untuk dapatkan semula sokongan generasi muda, selain meraih kembali sokongan rakyat kepada parti. “Datuk Ahmad Maslan pula yang diberi tugas baru iaitu Pengerusi Biro IT bertanggungjawab dalam hal berkaitan perang siber yang memerlukan suntikan baru,” katanya. Mengenai pelantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu, Khairy berkata, pemilihan Annuar bagi jawatan itu sangat tepat kerana kewibawaan beliau sebagai seorang pemidato yang hebat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.