Kiriman pada: Mon, Feb 29th, 2016

Suami isteri godam Touch ‘n Go

Kongsi maklumat ini
Tags

MalaysiaPriceToll0108201402e_2xPetaling Jaya: Suami isteri berusia 40-an ditahan selepas dikesan menggodam kad tambah nilai Touch ‘n Go, dengan menambah nilai tanpa kebenaran sehingga maksimum RM1,500 pada 9.30 malam, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mereka ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) .

Katanya, hasil serbuan di kediaman mereka, komputer riba, kad tambah nilai, alat elektronik Smart Tag dan telefon bimbit dirampas.
“Mereka dikesan menggunakan perisian yang di muat turun menerusi rangkaian internet sebelum memindahkan aplikasi terbabit di dalam telefon bimbit untuk menggodam kad tambah nilai Touch n Go.
“Menerusi aplikasi berkenaan mereka melakukan tambah nilai tanpa kebenaran sehingga had maksimum RM1,500 tanpa kebenaran pihak Touch ‘n Go.
“Siasatan mendapati mereka menggunakan kad terbabit untuk bayaran tol dan membeli barangan di pasar raya yang membenarkan pengunaan kad Touc ‘n Go,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, pagi tadi.
Mohd Zani berkata, suspek direman selama empat hari sehingga 27 Februari lalu dan kini dibebaskan dengan jaminan polis bagi menunggu siasatan terhadap transaksi kad digunakan menerusi kerjasama dengan syarikat Touch ‘n Go Sdn Bhd.
Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.