Kiriman pada: Fri, Sep 23rd, 2016

Sudah Bersediakah Kita Untuk Kembali Dijajah

Kongsi maklumat ini
Tags

bersediaJika kita berkesempatan untuk menoleh seketika ke belakang akan sejarah lampau bahawa suatu ketika dahulu Tunku Abdul Rahman pernah mengikhtiraf Parti Melayu Semangat 46 sebagai kesinambungan UMNO Lama dan bersama menentang kepimpinan Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, seketika kemudian Tunku Abdul Rahman kembali semula kepada UMNO dan berjaya menyampaikan amanat agar kesemua umat Islam dan Melayu harus bersatu di dalam UMNO.

Itu sejarah lampau yang mungkin tidak lagi diambil pusing oleh segelintir orang politik kerana isunya tidaklah sama dengan apa yang berlaku di era ini, tetapi berkemungkinankah Mahathir akan kembali kepada UMNO dan seterusnya menyampaikan amanat bahawa orang Melayu dan Islam harus bersatu dibawah parti UMNO.

Diketika ini ramai orang veteran politik hanya memfokus kepada gerakkan Mahathir menjatuhkan Dato’ Seri Najib seperti mana ketika beliau menjatuhkan Abdullah Badawi, cuma bezanya kini Mahathir mengunakan semua musuh politik dan musuh peribadinya untuk bersatu bagi menentang Najib, termasuk mengunakan perkhidmatan parti seterunya dari Keadilan dan parti yang pernah dichop sebagai sebuah parti yang resis ia ini DAP.

Jika dahulu Mahathir didakwa sebagai seorang yang biadap dan kurang ajar serta derhaka kepada Tunku Abdul Rahman kerana mengkritik kepimpinannya begitulah sebaliknya yang berlaku kepada Dato’ Seri Najib bilamana Mahathir telah melakukan perkara yang sama seperti mana yang beliau perlakukan kepada Tunku, tetapi serangan pada kali ini Mahathir mendapat sokongan dari luar negara yang sememangnya kita tahu sentiasa mencari peluang untuk menjajah semula negara ini.

Jika suatu ketika ramai yang melihat Anwar Ibrahim sebagai ‘sikitul’ yang membuka pintu kepada penjajahan dengan membuat segala onar dan fitnah terhadap kerajaan, tetapi pada era ini Mahathir pula di katakan sebagai pembuka pintu negara kepada penjajahan semula, jika Anwar dikatakan sebagai ‘Si Kitul’ maka Mahathir bolehlah dikatakan sebagai Raja Mendaliar.

Cuma bezanya Anwar dan Mahathir bukan lah dari spesis yang sama atau dari satu keturunan seperti hubungan Kitul dan Mandaliar mereka sama dari keturunan ‘Keling’, cuma persamaan Anwar dan Mahathir ialah keduanya datang dari perut UMNO dan pernah menjadi pemimpin utama didalam parti keramat orang Melayu itu.

Kini dengan sokongan dari sebuah parti yang baru diluluskan, mereka sedang berusaha keras mahu menjatuhkan kerajaan, setelah gagal dengan tujuan asal mahu mendesak Najib Razak mengundur diri, kini Mahathir mahu meranapkan terus kerajaan Barisan Nasional, bak kata pepatah dah alang-alang menyelok biar sampai kepangkal lengan, malah usaha Mahathir ini dilihat adalah usaha yang bersunguh dan bukan hangat-hangat taik ayam.

Pemerhati ada yang menyatakan bahawa Mahathir jarang berjenaka dalam hal yang melibatkan kesejahteraan negara ini, tetapi mereka terlepas pandang bahawa Najib juga jarang melawak didalam hal membela dirinya dari dipersendakan oleh kumpulan Mahathir bersama pembangkang, mereka biasa melihat Najib minum teh tarik dengan bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang hujungnya Anwar kini duduk di penjara.

Mereka juga biasa melihat Najib berbual mesra dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, Lim Guan Eng yang kini sedang berhadapan dengan tuduhan kes rasuah melibatkan pembelian bunglo yang dia diami, ini membuktikan dalam soal kerja dan kemajuan negara Najib boleh duduk bersama untuk berbincang tetapi dalam soal mempertahankan maruah negara, siapa pun orang itu yang cuba meranapkan sudah pasti akan menerima tetangan.

Bak kata orang jangan melihat Najib tanpa mata kerana segala tindakan dan geraknya tidak akan dapat dibaca dengan mudah jika tidak melihat dengan mata hati, kejutan demi kejutan dengan senjata yang ada pada Najib sudah pasti akan membuatkan musuh dan pengkhianat negara akan terkulai, jika Laksamana Hang Tuah bergantung pada kuasa Keris Taming Sarinya, Najib juga ada tempat pergantungannya.

Jika musuh-musuh negara bergantung harap kepada Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat, The Wall Street Journal (WSJ) atau Serawak Report serta team pembangkang yang sudah bersedia sejak lama dulu mahu menjahanamkan negara dan membukakan pintu kepada penjajahan semula, maka Najib hanya bergantung kepada Allah S.W.T.

Selain berusaha keras dan tenang berdepan dengan segala tomahan serta fitnah, beliau gantungkan hatinya kepada Allah S.W.T, hanya pada Allah S.W.T beliau berserah, cuma kita sebagai rakyat mahukah kita menjadi seperti apa yang terjadi kepada sejarah Melaka yang hilang sultannya gara-gara harta dan tahta.

Jangan disebabkan melayan nasfu sesaorang kita sebagai rakyat terlalu mudah tertipu dan terpengaruh dengan mainan fitnah dan jangan disebabkan fitnah, kerajaan Melayu jatuh sekali lagi seperti mana berlakunya kepada kerajaan negeri Melaka dan jika kita tidak mahu mengambil pengajaran dari sejarah Melaka, maka sudah bersediakah kita untuk kembali di jajah.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.