Kiriman pada: Sun, Mar 1st, 2015

Sudah Cukup Sudah.

Kongsi maklumat ini
Tags

unnamed (1)Agak pelik apa bila keluarga orang yang di dapai bersalah untuk memohon maaf bagi pihak diri sedangkan yang empunya diri tidak pun mengusahakan agar kesalahan dirinya maafkan. Ini yang berlaku terhadap keluarga Anwar Ibrahim yang di dapati bersalah oleh makamah didalam kes jenayah yang dia terlibat.

Selaku orang yang bersalah Anwar sendiri tidak memohon pengampunan, Bagaimana Lembaga Pengampunan boleh untuk mempertimbangkan jika yang bersalah sendiri tidak memohon pengampunan. Makamah Persekutuan telah pun membuat keputusan bahawa Anwar bersalah didalam kesnya, maka secara zahirnya semua hak Anwar sebagai Ahli Parlimen terlucut. Adakah dengan permohonan dari pihak lain kepada Lembaga Pengampunan maka hak Anwar tidak terjejas dari segi undang undang.

Semua sedia maklum bahawa Lembaga Pengampunan bukan sebahagian dari sistem Kehakiman Makamah Negara, Kemasukkan Anwar kepenjara adalah keputusan Makamah yang telah pun melalui satu proses yang teramat panjang jika mengikut kes yang berlaku di negara ini. Mengikut tafsir Anwar telah hilang hak segalanya secara automatik, Malah seorang banduan juga sudah di kira sebagai seorang yang tidak merdeka.

Di yakini Lembaga Pengampunan tidak boleh membuat kata pemutus kerana yang membuat rayuan adalah terdiri mereka yang bukan pembuat salah, Bagaimana seorang yang tidak membuat salah tetapi membuat rayuan pengampunan, satu perkara anih jika berlaku dan hanya di Malaysia sahaja. Betapa liciknya orang ini cuba memperlekehkan Lembaga Pengampunan.

Keduanya ada yang memohon pihak penjara membenarkan Anwar agar dapat bersama Yang Di Pertuan Agong untuk duduk se meja menikmati jamuan Teh ketika sidang Parlimen, dengan menguna pakai peraturan Penjara 1995 Seksyen 31. (1)(a) yang mana membawa maksud “Pihak berkuasa Penjara boleh membenarkan seorang banduan untuk berada di mana mana tempat di dalam Malaysia”. Tanpa menyebut bahawa ianya perlulah dengan ‘alasan yang munasabah’, jadi apa alasan munasabahnya Anwar yang ketika ini adalah banduan untuk berada di meja bersama Yang Di Pertuan Agong untuk menikmati santapan.

Mengapa Anwar sendiri tidak memohon untuk pengampunan buat dirinya sendiri, mungkin ramai yang tahu apa jawapannya, paling tidak orang akan berkata hanya yang bersalah sahaja yang akan ‘memohon maaf’ maka dengan itu Anwar perlu mendiamkan diri dan biarkan orang lain yang melakukan buat dirinya, maka esok lusa dia akan berkata ‘Saya tidak pernah sesekali memohon maaf, lawan tetap lawan’ tetapi didalam masa yang sama ia pergunakan keluarga dan macainya untuk melakukan apa yang ada di dalam kepalanya.

Sudah sudahlah Anwar memeningkan kepala rakyat jelata, usah dibawa masalah diri kedalam kancah kehidupan masyarakat Malaysia yang lainnya, Gunakan waktu di dalam penjara untuk memperbaiki mana yang lemah dan rapatkan kembali hubungan diri dengan Sang Pencipta, Percayalah Allah maha mengetahui segala apa yang di selindungi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.