Kiriman pada: Tue, Jan 5th, 2016

Sudah Juara Piala AFC Pun JDT Tidak Layak Ditaja ‘Qu Puteh’?

Kongsi maklumat ini
Tags

 

Kalau diikutkan kata Dr. Vida, pasukan Kelantan, Selangor, JDT dan Kedah adalah pasukan ber-gred A dalam saingan liga Malaysia ini. Tetapi Kelantan juga yang dipilih untuk ditaja.

Nampak paling A dalam pasukan yang sudah kategori A ini adalah JDT kerana sudah bergelar juara di peringkat Asia namun tidak terpilih untuk ditaja bos produk ‘Qu Puteh Barulah Puteh’ itu.

Barangkali JDT masih tak layak lagi untuk ditaja dengan hanya berbekalkan status sang juara Piala AFC itu sahaja.

Tajaan mungkin akan ke Selangor jika Kelantan menolak. Mengapa Selangor? Juara Piala AFC mungkin tidak se-gah Piala Malaysia yang dijuarai oleh pasukan Gergasi Merah kerana saingan pasukan dalam liga Piala Malaysia nampaknya lebih sukar berbanding Piala AFC itu.

JDT afc

Piala AFC dilihat mudah musim ini kerana ada pasukan pilihan yang ditarik penyertaan kerana masalah persatuan bola sepak negara terbabit. Jadi mudah untuk JDT menang piala tersebut.

Jika Piala Malaysia dikatakan mudah sudah tentu JDT mudah untuk menang, dan ini bermakna ada lagi pasukan yang lebih hebat dari JDT, dengan pemain yang sudah ‘dicuri’ pun Selangor sudah buktikan. Kesimpulannya, oleh sebab tidak hebatkah skuad Harimau Selatan itu tidak layak ditaja ‘Qu Puteh’?

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.