Kiriman pada: Tue, Feb 21st, 2017

Sukarelawan ‘Food Flotilla For Myanmar’ Akan Tiba Di Pelabuhan Klang 23 Februari Ini.

Kongsi maklumat ini
Tags

Kapal Nautical Aliya yang kini telah selesai misi menghantar bantuan kemanusian ke Myanmar dan Bangladesh sejak 3 Febuari lalu kini sedang dalam perjalan pulang ketanah air dan dijangka akan tiba pada hari Khamis bersamaan 23 Februari 2017.

Kapal bantuan kemanusiaan yang membawa NGO negara ini yang terdiri dari kumpulan KP1M dan MAPIM dan beberapa sukarelawan dari beberapa NGO Asean dan antarabangsa dijangka memasuki Selat Melaka hari ini (21 Februari 2017).

Menurut Datuk Seri Panglima Abdul Azeez yang mengetuai pelayaran ini bahawa pelayaran misi Food Flotilla For Myanmar telah berjaya menghantar 2,300 tan makanan dan ubat-ubat an ke wilayah Rakhine, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.

Belia juga memaklumkan bahawa kesemua anggota sukarelawan, Krew dan penumpang Nautical Aliya berada didalam keadaan sihat dan selamat.

Satu acara sambutan kepulangan semua sukarelawan akan di adakan pada hari Khamis 23 Februari ini.

Sebuhungan dengan itu sambutan kepulangan kesemua aktivis nautical Aliya akan diadakan di Boustead Cruise Terminal Pelabuhan Klang jam 10.00 pagi Khamis (23 Feb 2017). Ia akan disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.