Kiriman pada: Mon, Aug 10th, 2015

Sultan Johor Dan Perdana Menteri Menjadi Mangsa Fitnah.

Kongsi maklumat ini
Tags

unnamed (6)Tidak habis lagi serangan dengan pelbagai fitnah terhadap Perdana Menteri terutama penguna di media sosial Facebook. Terbaru di kabarkan sedang viral kononnya Sultan Johor tidak membenarkan pesawat yang membawa Dato’ Seri Najib mendarat di Sinai, Johor.

fb-1Merujuk kepada sumber, Perdana Menteri telah berlepas ke Singapura pada hari Sabtu pada sebelah malam sebaik sahaja selepas merasmikan pertandingan pidato Antarabangsa Melayu Piala Perdana Menteri Di PICC, Putrajaya.

Pada malam berkenaan Perdana Menteri mempunyai beberapa acara sendiri di Singapura bersempena dengan sambutan hari kebangsaan Singapura, Kehadiran Perdana Menteri adalah berstatus jemputan Kerajaan Singapura.

Pada ke esokkan harinya (Ahad) Dato Seri Najib telah hadir ke perasmian mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang dengan menaiki kereta dari Singapura ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bhg. Pasir Gudang dan setelah selesai majlis Dato Seri Najib telah kembali ke Singapura semula untuk program rasmi di sana tanpa dapat membuat lawatan ke beberapa bahagian UMNO yang lain kerana kesuntukkan masa.

Sementara program sambutan hari kemerdekaan Negara Republik Singapura yang turut dihadiri pemimpin negara-negara ASEAN juga turut di undang ialah Kebawah Duli Sultan serta Tengku Mahkota Johor. ( di maklumkan hari ini Perdana Menteri terus berlepas dari Singapura ke Kuching, Serawak untuk merasmikan program sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang akan di sambut pada 31 Ogos nanti).

unnamed (5)Jadi dalam soal berkenderaan dari Singapura tidak menjadi isu, Dengan aturcara yang padat yang telah di susun untuk tetamu negara republik tersebut sepatutnya tidak timbul cerita atau sebenarnya fitnah bahawa Sultan Johor menghalang pesawat yang membawa Perdana Menteri dari mendarat di lapangan terbang Sinai, Johor.

Malah Perdana Menteri dan Sultan Johor turut bertemu, berbual mesra dan hormat menghormati di Singapura.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.