Kiriman pada: Sun, Nov 13th, 2016

Sultan Nazrin Sertai 5,000 Peserta Larian Hari Keputeraan Sultan Perak

Kongsi maklumat ini
Tags

larianKuala Kangsar – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim hari ini berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak di Dataran Pavillion di sini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli, bekas menteri besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib serta anggota exco kerajaan negeri.

Larian yang diadakan bersempena Hari Keputeraan baginda yang disambut pada 4 Nov lalu disertai kira-kira 5,000 orang dari dalam dan luar negara.

Sultan Nazrin berkenan melepaskan peserta bagi kategori 15 kilometer (km), 10km dan 7km manakala peserta kategori tetamu kehormat yang melibatkan jarak 2km dilepaskan oleh Raja Datuk Seri Yong Sofia, adinda Sultan Nazrin.

Acara yang bermula pada 6.20 pagi itu turut diserikan dengan kehadiran dua pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly serta Siti Noor Radiah Ismail yang meraih gangsa pada temasya itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.