Kiriman pada: Fri, Jul 31st, 2015

Sultan Perak hadiri sambutan Hari Pahlawan

Kongsi maklumat ini
Tags

HARI PAHLAWANIPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menghadiri majlis sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, sebentar tadi. Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Shah. Sultan Nazrin tiba pada jam 9.07 disambut disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Acara bermula dengan nyanyian lagu Negaraku sebelum baginda berangkat memeriksa barisan kawalan kehormat utama terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota Unit 5 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA). Majlis turut disertakan bacaan doa. Menyusul selepas itu, deklamasi sajak oleh Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Alias dengan diiringi lagu Pahlawanku sebelum bendera Malaysia dinaikkan. Sultan Nazrin kemudian berangkat ke majlis santapan. Yang turut hadir EXCO Kerajaan Negeri; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Seri S K Devamany; Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh dan Panglima 2 Briged, Brig Jen Mohamad Abdul Rahman.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.