Kiriman pada: Wed, Mar 11th, 2015

Sultan Perak Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-237

Kongsi maklumat ini
Tags

TUANKU ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAHKuala Lumpur – Sultan Perak Sultan Dr Nazrin Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-237 di Istana Negara.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja selama dua hari bermula Rabu dan berakhir esok dihadiri semua raja Melayu kecuali Pahang yang diwakili Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah manakala Johor tidak menghantar wakil.

Kesemua Yang Dipertua Negeri turut hadir ke mesyuarat tersebut.

Dalam mesyuarat itu, raja-raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak diiringi ketua menteri masing-masing.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.