Kiriman pada: Tue, Feb 7th, 2017

Sultan Perak Tegur Orang Melayu Semakin Lupa Daratan

Kongsi maklumat ini
Tags

Ipoh – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menegur sikap segelintir orang Melayu yang baru mula menikmati kejayaan kecil berbanding kaum lain tetapi menunjukkan sifat-sifat lupa daratan.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ipoh bertemakan ‘Mengakar Kuat Umat Melayu, Menjunjung Tinggi Islam’.

Sultan Nazrin menyifatkan sikap sedemikian ibarat mengulangi budaya kehidupan pada era prapenaklukan Melaka oleh Portugis yang hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.

Selain itu, Sultan Nazrin bertitah orang Melayu sedang berada dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang, dan semakin terpercik ke muka sendiri.

Baginda turut menarik perhatian bahawa dasar-dasar murni yang digubal untuk membantu Melayu, tidak tercapai sepenuhnya kerana terbukti berlaku ketirisan secara besar-besaran.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.