Kiriman pada: Mon, Mar 30th, 2015

Sultan Selangor Mahu Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Dimuktamadkan Segera

Kongsi maklumat ini
Tags

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAHShah Alam – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini dimuktamadkan segera mengikut perjanjian utama yang ditandatangani kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan pada 12 Sept 2014.

Baginda menggesa supaya proses itu dijalankan berlandaskan semangat dan terma perjanjian utama serta tidak dipolitikkan mana-mana pihak agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi memenuhi keperluan pembangunan serta kehidupan rakyat Selangor.

Sultan Sharafuddin juga menitahkan supaya kerajaan Selangor sentiasa bersedia dengan langkah-langkah terbaik untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi bagi keperluan domestik dan industri.

“Beta yakin pendekatan ‘bersemuka dan berbincang’ dapat menyelesaikan persoalan ini secara adil demi menjamin perkhidmatan air terawat yang lebih efisien dan mesra rakyat kepada seluruh warga negeri Selangor.

“Beta juga mahu Memanda (menteri besar) Beta meneruskan sikap tegas mempertahankan kedaulatan negeri Selangor dan kepentingan rakyat,” titah baginda semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.