Kiriman pada: Thu, Jan 28th, 2016

Sultan Selangor Sampai Watikah Pelantikan Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

Kongsi maklumat ini
Tags

ghmShah Alam – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada lima Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah negeri itu, di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Lima hakim tersebut didahului Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Tan Sri Dr Ibrahim Lembut, diikuti Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh, Datuk Hussin Harun, Datuk Aidi Mokhtar dan Datuk Yusof Musa.

Pelantikan Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah berkenaan berkuat kuasa 1 Feb ini sehingga 31 Jan 2019 dan dibuat selaras dengan Seksyen 57(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada majlis itu juga, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abas Nordin serta dua Hakim Mahkamah Rendah Syariah iaitu Che Abdullah Che Hassan dan Masnizar @ Mohd Nizar Mohtar.

Pelantikan Abas berkuat kuasa 1 Dis lepas manakala Che Abdullah dan Masnizar pula pada 2 Jan tahun ini mengikut Seksyen 59(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Majlis penyampaian watikah itu dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan anggota kerabat diraja terdekat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.