Kiriman pada: Sun, Feb 7th, 2016

Sumbang 24,000 buku sekolah terjejas banjir

Kongsi maklumat ini
Tags

logo baru KPMKOTA BHARU: Kementerian Pendidikan menyumbangkan 24,000 naskhah buku kepada 202 sekolah di negeri ini yang terjejas dengan banjir, membabitkan nilai RM700,000. Sumbangan disampaikan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan (BTPN), Zaidi Yazid, menerusi Tabung Buku oleh Majlis Buku Kebangsaan. Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah BTPN Kelantan, Nasir Mohd Noor; Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Kelantan, Datuk Aziz Abdullah dan Pengarah Majlis Buku Kebangsaan, Abdul Wahab Ibrahim. Majlis penyerahan sumbangan buku yang julung kali diadakan itu bertujuan menambah koleksi buku di pusat sumber sekolah, mencapai nisbah buku di sekolah menengah dan sekolah rendah. Ia juga bagi membantu pusat sumber sekolah yang terbabit dengan banjir besar pada 2014. Aziz berkata, sumbangan itu juga akan membantu murid mengaktifkan minda, berinovasi dan kreatif dalam pemikiran.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.